Wednesday, 12 December 2012

Masalah 1

Cinta itu sebenarnya manis dan pahit.Cinta manis jika kita jujur,yakin dengan pasangan kita apabila dalam perhubungan.Cinta pahit jika kita sering memperguna kan pasangan kita,kita layan orang lain lebih dari pasangan kita itu akan membuatkan cinta itu pahit.Miss cinta pernah temui satu masalah percintaan yang rumit dimana yang si lelaki masih mahukan si pasangan nya kembali kepadanya tetapi si perempuan tidak sanggup lagi untuk menerima si lelaki itu tadi kerana bagi si perempuan itu,si lelaki ini sering menyalahkan si perempuan apabila si perempuan rapat ngan lelaki lain dimana lelaki tersebut adalah kawan kepada kakaknya sendiri.Si perempuan telah jujur menyatakan bahawa si lelaki tersebut hanyalah rakan kakaknya sahaja malah si pasangan nya itu tidak mempercayainya.Si lelaki tersebut lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding daripada kata pasangannya itu.Bagi Miss Cinta,seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apabila mereka percayai antara satu sama lain.Ini membuktikan bahawa si lelaki pasangannya itu telah mempercayai orang luar tanpa usul periksa.Miss cinta rasa kalau si perempuan itu masih sayang kan si pasangannya itu lagi,si perempuan itu haruslah berterus terang kepada si pasangan nya itu.Ikut kata hati.Kalau si perempuan itu rasa dye tidak sanggup untuk diperlakukan sedemikian lagi,maka jumpa si pasangannya itu dan katakan anda tidak mahu diperlakukan sedemikian dan cari lah pasangan yang boleh membuat hari hari gelap anda menjadi ceria kembali :)

Monday, 10 December 2012

18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki

1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.


9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.
Walau apapun, kami ingin mengucapkan semoga anda berdua bahagia selama-lamanya… Amin… :)

Lagu Cinta


poster-lagenda-budak-setan
Siapa yang masih ingat lagi cerita Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel, erm…Lagenda Budak Setan? Mrs Teddy cakap cerita ni sedih, tapi banyak jalan cerita dia yang tak sama macam dalam novel.
Lagu Bila Cinta adalah OST yang dinyanyikan oleh Gio dalam filem tersebut. Dan terdapat juga lagu ini versi perempuan yang dinyanyikan oleh Filianti Vlee.
Tetapi kalau didengar dengan teliti, lagu Bila Cinta versi lelaki ni lagi menusuk kalbu. Gio sangat pandai menjiwai lagu ni dan menyampaikannya dengan penuh perasaan.
Jom kita layan dulu lagu ni. Kalau nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Kami ada sediakan sekali lirik lagu Bila Cinta dalam di bawah


Lagu Bila Cinta

Tajuk: Bila Cinta
Penyanyi: Gio

Lirik Bila Cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan

A story about LOVE

boyfriend : awak ,awak sayang saya tak.?

girlfriend : sayang lah.kenapa.?

boyfriend : lau sayang ,kenapa awak simpan lagi gamba ex awak.?

girlfriend : suka hati saya lah.fon saya.,salah kah?

boyfriend : ouh.,hmm.,takpela kalau macam tu :) taksalah pon (dengan nada perlahan)

girlfriend : .........................

boyfriend : hmm.,awak , kenapa awak da berubah ?awak tak sama seperti awak yang saya kenal dulu .awak       da lain sangat sekarang.,kenapa ye.?

girlfriend : saya sama saja laa.,err.awak nih .,

boyfriend : saya tanya je :) hmm.,awak sayang ex awak ?

girlfriend : err.,kenapa perlu tahu?

boyfriend : saya nh bf awak.,tak boleh ke tahu.?

girlfriend : taktahu la awak.,hmm..

boyfriend : takpela awak :) awak.saya sayang awak sangat .,nanti kita kahwin ye.?saya nak awak jadi teman        sehidup semati saya :) saya nak awak sorang je .

girlfriend : tak terlalu awal ke.?saya nak abes kn pelajaran saya dulu.,

boyfriend : baiklah awak.,saya akan tunggu awak sampai awak habis belajar., taw ?:)

(dua tahun lepas tu.................si boyfriend dapat msg dr si girlfriend.,"awak .saya da kahwin .saya kahwin dengan ex saya .maafkan saya kerana tak bagitahu awak selama nih.,harap awak datang wedding kami nanti ye.20/8/2010 datang tau ^^ (dengan rasa tak bersalah) .")

pada 20/8/2010...si boyfriend datang wedding si girlfriend .,semasa pulang.,si boyfriend memberi sepucuk surat kepada si girlfriend dengan muka yg sangat manis ..
apabila selesai majlis.,si girlfriend duduk di pondok belakang rumah sambil membuka sepucuk surat yg telah diberikan oleh si boyfriend .dalam surat tu .

" kehadapan sayang ku.,.
       sekiranya awak membaca surat ini .,tandanya saya sudah hadiri majlis perkahwinan awak.,saya nak ucap selamat penggantin baru .,semoga kekal hingga akhir hayat.,jadi la isteri yg baik dan solehah.,taat kepada suami dan jadi ibu yang penyayang kpd anak2 nanti.,saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah kat awak.,selama awak menghilangkn diri.,saya tak tentu arah pikir pasal awak.,awak sihat ke tak.,saya takot sangat kalau awak da ad orang lain.,tp saya percaya awak setia pada saya.,saya tunggu awak lama.,2 tahun awak.,awak tahu tak betapa siksa nya saya menangung rindu pd awak.,saya tiap2 hari msg awak.,kol awak.,tp 1 un awak tak blas.,hmm.,awak.,saya tahu selama ni saya tak jadi yang tebaik untuk awak.,tp percaya la tiap hari saya doakan awak jadi milik saya.,mungkin bukan jodoh kita.,Tuhan lebih tahu apa yg terbaik buat kita.,dan dia telah bagi orang tu pada awak.,mungkin dia jodoh awak.,saya harap awak bahagia dengan dia .,sampai sini saja la saya nak katakan.,awak jaga diri baik2 tau.,saya sangat sayang kan awak ..... awak .saya ade masa kurang sebulan je utk hidup.,kerana saya menghadapi penyakit barah hati .terima kasih kerana bahagiakan saya selama ni.,awak la cinta pertama dan akhir saya..awak doakan saya selamat buat operation esok.k?:),awak selama ni saya sepi .saya khilangan .saya rindu awak sangat .,awak ,nape awak taktahu semua tu dan knapa awak buat saya mcam nih.?ap salah saya awak?hmmm.,takpela .saya redha dengan ketentuan Tuhan.selamat tinggal awak.,simpan cincin kita uh k.?:) "

(keesokan hari nya .,si gf mndapat brita .,bhwa si bf sudah tiada lg .,dan pd masa yg sma .,suami si gf tlh meninggalkn si gf dan berkahwin dengan org lain.,pada masa itu .,baru la si gf sedar betapa tinggi nya sayang dan cinta si bf pd nya.dan si gf trus menagis dan menagis )

C.I.N.T.A.

Assalamualaikum,
CINTA,apa itu cinta?
Memang terdapat pelbagai definisi cinta. Berikut merupakan definisi cinta yang dipetik dari laman web mentor_ulung. :)
1. Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.
Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)
2. Cinta itu intuitive: NALURI.
Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.
Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?
3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH
Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.
4. Cinta sering terletak di puncak: TOP
Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.
5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.
Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.
Bila ada niat untuk membahagiakan orang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Miss Cinta, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya bukan? :)

p/s : so,korang cuba la renung-renung kan nya ;)

Born

Assalamualaikum,hai saye baru nak ceburi bidang blog ni.Rakan-rakan saya yang minta saya untuk membuat blog ini kerana saya sering menolong rakan-rakan saya yang sedang mengalami masalah cinta.So,saya harap dengan adanya blog ini maka,rakan-rakan saya dapat atasi masalah mereka dengan melayari blog ini.Saya berharap juga bahawa segala nasihat yang akan saya kongsikan ini dapat membantu anda semua.Sekian itu saja dari saya :)